Wira dan Pengkhianat

Wira dan pengkhianat dipisahkan oleh garis halus
di mata pena sejarah;
tajamnya mampu membunuh kebenaran
hitamnya memadamkan nama pahlawan
biasnya menjulang warisan bajingan.

Melihat peristiwa melalui satu sudut pandangan
adalah seperti
seorang hakim yang mendengar hujah
hanya daripada sebelah pihak.

Di belakang lagenda ada cerita
tentang kepahitan yang melahirkan pendusta
sarjana bacul mengejar mulia –
semuanya bakal bersatu, tetapi jangan
biarkan ia menutup fikiran
daripada menerima kepelbagaian.

Irfan ES, September 2011
Harakah, 30 September – 2 Oktober 2011

(Reaksi terhadap serangan demi serangan ke atas Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkenaan isu Mat Indera & dakwaan lucu seorang profesor bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah)

This entry was posted in Puisi.

Tinggalkan komen