Tahanan 5891

Usah tanya siapa namaku, kerana namaku kini tidak penting. Nama hanya wujud jika digunakan – disebut, didengar, ditulis, dibaca. Jika ia tidak disebut, didengar, ditulis dan dibaca, nama menjadi sesuatu yang tidak berguna serta tidak perlu wujud.

Kewujudan nama itu sama seperti kewujudan diriku. Ketidakwujudannya turut sama seperti ketidakwujudanku. Maka jadilah aku ‘tanpa nama’ – satu zat yang tidak memiliki identiti, menerima dan menadah tangan pada segala-galanya yang diberikan.

Aku hanyalah lelaki biasa pada zaman-zaman awal kehidupanku, lahir dan hidup sebagai manusia biasa, yang tidak signifikan Teruskan membaca

Liga Perdana Rimba

Perlawanan akhir kembali lagi. Setelah menempuhi musim liga yang panjang, dua pasukan telah melayakkan diri bagi merebut kejuaraan bola sepak nasional. Di satu pihak ialah Bluenorth United yang merupakan juara bertahan sejak lebih 50 tahun lalu. Sementara pencabarnya ialah pasukan Perwiraraya yang kebelakangan ini bangkit daripada status underdog.

Adi Iskandar  memerhatikan para pemainnya menjalani latihan. Sejak mengambil alih jawatan jurulatih setahun lalu, dia telah membawa pelbagai pembaharuan dalam Perwiraraya. Menyedari Teruskan membaca

Arab Sepakat Islam Berdaulat?

Maka satu persidangan pun berlangsung yang mengumpulkan para nasionalis-agamawan dari seluruh dunia bagi mencari formula penyatuan ummah. Dewan persidangan tersergam indah dan megah. Di lobi hotel di mana pertemuan itu diadakan kelihatan pelbagai pameran sejarah dan kebudayaan yang mewakili negara-negara terlibat. Kilauan kamera berkelip-kelip tanpa henti memenuhi ruang mesyuarat.

“Bangsa Arab,” tegas perwakilan pertama dari sebuah negara Timur Tengah, “adalah juga bangsa Nabi s.a.w. Bahasa Arab adalah bahasa al-Qur’an dan bahasa syurga. Dua kota suci umat Islam terletak di negara Arab. Teruskan membaca

Antara Nakbah Palestin dan Tanah Felda

7 September 1981, kerajaan Malaysia menerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB) mengejutkan pasaran saham dunia apabila mengambil alih syarikat pertanian British, Kumpulan Guthrie dalam masa kurang daripada dua jam. Peristiwa ini dikenali sebagai ‘dawn raid’ atau ‘serangan subuh’, yang mengakibatkan timbulnya krisis diplomatik antara kerajaan Malaysia dan British. Salah seorang yang terlibat dalam operasi ini ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor sekarang, yang pada masa itu memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNB. Teruskan membaca

10 Tahun Kemudian

Matahari semakin rendah di ufuk barat. Cahayanya menjadi oren dan suam ketika angin bertiup lembut. Beberapa waktu lagi ia akan terbenam dan bersembunyi di belakang banjaran yang merentang jauh ke selatan.

Lelaki berwajah cengkung itu tidak tahu apa yang ada di sebalik barisan pergunungan tersebut. Hubungan dengan dunia di sebelah sana telah lama terputus. Kakinya melangkah lengah melalui jalan lama yang kecil dan berlubang-lubang. Di sekelilingnya pemandangan suram terbentang. Semak-samun mengiringinya di sepanjang lorong tersebut. Teruskan membaca