PAS Terima RM90 Juta Daripada Umno?

bendera pas

Pada 9 Februari 2017, Datuk Husam Musa menuduh PAS menerima RM 90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menjawab, PAS tidak menerima sebarang dana daripada Umno. Lagipun PAS hanya ada akaun di dua buah bank: Bank Islam dan Maybank.

Kemudian pada 13 Mac 2017, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dari PAN, melontarkan soalan di Parlimen sama ada SPRM atau PDRM ada membuat siasatan berkenaan dakwaan tersebut.

Soalan ini dijawab oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low, yang memaklumkan bahawa hasil penilaian SPRM menunjukkan tiada bukti dan tiada unsur yang membolehkan siasatan dibuat. Teruskan membaca

Di Pembaringan Di Hujung Usia Mengimbau Kembali

tgru1
(Himpunan Menyokong vs Himpunan Menentang RUU355)

(i)

Di pembaringan di hujung usia, mengimbau kembali
seluruh hayat yang habis diisi
keringat tertumpah, tenaga dikerah
agar syiar Islam terus menyerlah.

Saat-saat mata terpejam
istirehatlah hati yang kian tenteram
meski dulu dirinya hanya manusia biasa
kini bibir mengukir senyum, mengenang masa-masa
yang telah diwakaf demi agama.

“Wahai jiwa-jiwa yang tenang
kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai.”

(ii)

Di pembaringan di hujung usia, mengimbau kembali
seluruh hayat, propaganda, provokasi
segala alasan, ucapan dan tindakan
bagi menentang pelaksanaan
undang-undang dari Tuhan.

Saat-saat mata terkatup
fikir sendirilah, nilai sebuah hidup
yang penuh dengan prasangka
terhadap nilai-nilai agama
meski dulunya dia seorang peguam ternama
atau elitis yang kaya-raya
di pembaringan ini, semuanya pulang kepada Pencipta
membawa hanya dosa pahala.

 
Harakahdaily, 23 Jamadil awal 1438 / 19 Februari 2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/44338-di-pembaringan-di-hujung-usia-mengimbau-kembali

Di Tempat Rendah

ruu355

Di tempat yang rendah
mereka letakkan urusan Allah
dalam strategi, dalam falsafah
saat bergelut di medan siasah.

Ketika Tuhan berfirman:
“Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya!”
tetap mereka lambakkan
pelbagai usul pelbagai cadangan pelbagai alasan
bagi mencari jalan jauh
agar hukum syariat terus ditangguh.

Selama mana ia ingin ditunda?
seorang tok guru, hampir haus hayatnya
tetap diwakaf untuk agama
namun ramai pula, di sini sana
sepanjang masa hanya mengata.

 
Harakahdaily, 25 Muharram 1438 / 26 Oktober 2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/lain-lain/42981-di-tempat-rendah

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya; dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Hujurat ayat 1)

Malam Pesta

fiesta

Malam ini, seperti dijanji
mereka berpesta sampai pagi
dengan segala keriangan
dengan pelbagai minuman memabukkan
bukan kerana menang pilihanraya
tapi cukuplah sekadar memandang
parti Islam gugur kecundang.

Ketika Ramadhan terus berangkat
waktu yang tinggal terasa singkat
untuk mengumpul ibadat
dan bermunajat
agar Islam kembali berdaulat.

 
Harakahdaily, 14 Ramadhan 1437 / 19 Jun 2016

http://www.harakahdaily.net/index.php/lain-lain/41609-malam-pesta

Hudud Bertentangan Dengan Perlembagaan?

TGHH bentang usul 355

Setinggi-tinggi syukur kepada Ilahi kerana semalam, 26 Mei 2016, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah diberikan ruang untuk membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat.

Walau bagaimanapun, yang agak mencuri perhatian ialah reaksi beberapa Ahli Parlimen daripada DAP dan (paling mengejutkan) seorang daripada PAN yang cuba menghalang beliau dari meneruskan perbahasan.

Saya amat tertarik dengan sidang media mereka selepas sesi parlimen selesai. Mereka menyatakan bahawa mereka membantah hudud kerana ia bertentangan dengan perlembagaan.

Sejak dulu lagi apabila PAS berbunyi walaupun sedikit tentang undang-undang Islam (nama penuhnya ialah hukum hudud, qisas dan takzir), serta-merta mereka akan membangkang menggunakan alasan ia bercanggah dengan perlembagaan.

Untuk makluman, sehingga tahun 2015, Perlembagaan Malaysia telah pun dipinda sebanyak 57 kali. Pindaan pertama dilakukan pada 1958 – hanya satu tahun selepas Malaya mencapai kemerdekaan. Teruskan membaca

Rakyat Malaysia Banyak Berhutang

rakyat malaysia banyak berhutang

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari. (Riwayat Al-Baihaqi)

Dalam kehidupan kita pada zaman ini amalan berhutang seolah-olah tidak dapat dielakkan. Ketika berfikir-fikir mahu membeli kereta atau rumah, perkara pertama hinggap di minda tentulah bagaimana hendak buat pinjaman bank.

Hadis di atas bukanlah bermakna hutang tidak dibolehkan langsung, tetapi Islam mengajar umatnya agar cermat dan berhati-hati dalam berhutang. Keberhutangan yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah kewangan yang serius di samping mengganggu ketenangan hidup seharian.

Statistik pada 2014 menunjukkan nisbah hutang isi rumah (household debt) dengan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia telah mencapai 150%. Angka ini merupakan antara yang tertinggi di kalangan negara-negara Asia. Teruskan membaca

Jalan berliku pelaksanaan undang-undang Islam

Jalan berliku pelaksanaan undang-undang Islam

Apabila bercakap tentang melaksana undang-undang Islam di Malaysia, ramai yang beranggapan ia boleh dijelmakan dalam sekelip mata. Ramai juga yang menentang secara total seolah ia boleh muncul secara tiba-tiba dan dikuatkuasakan serta-merta di seluruh pelosok negara.

Pelaksanaan peraturan Islam yang terdiri daripada hudud, qisas dan takzir sebenarnya merupakan perjalanan panjang dari dulu sehingga kini, melibatkan aspek perundangan serta teknikal yang amat rumit.

Perlembagaan Persekutuan

Perkembangan Islam di Tanah Melayu telah membuka ruang kepada pelaksanaan peraturan Islam sejak abad ke-15 lagi. Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Pahang 1596, Kedah 1605, Johor 1789 adalah antara bukti penerapan sistem Islam dalam pentadbiran kerajaan.

Penjajahan British membawa bersama undang-undang sivil berpandukan Common Law yang diamalkan di England. Akibatnya, undang-undang Islam dibataskan kepada urusan kekeluargaan, pusaka, wakaf dan kesalahan berkaitan agama sahaja. Teruskan membaca